Kata Aluan

Isnin, 27 Ogos 2012

Jamuan Raya Alumni MML '12

Venue : My Hotel Langkawi
Tarikh : 23 Ogos 2012
Jam : 2.30 pm - 6.00 pm

 Barisan Putera Ex-MML

 Barisan Puteri Ex-MML





Barisan VIP






Acara Memotong Kek

Alhamdulillah, berjaya juga mengadakan jamuan raya alumni kali ke-4. walaupun kehadiran tidak seperti yang dijangkakan, namun bersyukur atas segala ketentuannya...kita hanya mampun merancang, Allah yang menentukan..."kurang adalah lebih baik dari tiada"

Secara keseluruhannya, majlis jamuan raya ini dihadiri oleh setiap wakil batch cuma jumlahnya tidak begitu ramai. setiap batch macam antaq wakil la sorang ckit...jadi, di masa akan datang, sekiranya diizinkan Allah untuk mengadakan lagi majlis sebegini, diharap akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan dari bekas pelajar MML.

Majlis yang seumpama inilah yang dapat menemukan kembali rakan-rakan yang telah lama kita tidak berjumpa. sesungguhnya ikatan persaudaraan sesama kita tidak akan putus buat selama-lamanya..Mengeratkan silaturrahim sesama kita merupa perkara yang amat dititikberatkan didalam Islam..sekiranya seseorang itu memutuskan silaturrahim sesama Islam, maka dia adalah tergolong di kalangan penghuni neraka.

Justeru, usaha kearah mengeratkan ukhwahn sesama kita merupakan satu amalan yang mulia disisi Allah dan seharusnya diambil berat dan diberikan sokongan sepenuhnya...ukhwah yang terbina antara kita, tidak ternilai harganya..dan wang ringgit bukanlah pengukur antara ukhwah tersebut..oleh itu, marilah sama-sama kita merebut peluang yang sebegini di kemudian hari...

tidak dinafikan, banyak sekali manfaatnya sekiranya jalinan ukhwah seperti ini dieeratkan..pelbagai perkara yang dapat dikongsikan untuk manfaat kita bersama. apatah lagi masing-masing antara kita sudah berada di pelbagai bidang dan tugasan. sudah tentunya pelbagai perkara yang dapat dikongsikan bersama.

Mengimbau kenangan manis dan pahit suatu ketika dahulu, merupakan perkara yang amat berharga untuk dikenang, dan sudah tentunya peluang sebegini sukar untuk didapati.

Akhir kata, rebutlah peluang dihadapan mata, kerna yang mendatang belum pasti kehadirannya....

Sekian..wasalam.....

Ahad, 20 Mei 2012

Ke-Minda iii 2012 MML

Salam....camana ya Ke-Minda iii 2012 MML, dapat dijalankan dak tak taw taun ni....suma sibuk na.....sapa2 yang berminat nak jadi fasi bleh la habaq kat saya na....kesian adik2 taun ni kalau xbuat program kat depa...rasa2 budak2 U pun dah nak cuti kan...bleh la plan buat program....

Selasa, 31 Mei 2011

Ke-Minda ii PMR & SPM 2011

Alhamdulillah..syukur yg tidak terhingga ku panjatkan kehadrat Ilahi, kem Ke-Minda ii PMR & SPM 2011 ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatan kuasa dan barisan Fasilitator yang terlibat, tidak lupa juga kepada Cikgu Rahimah, Cikgu Haziza, Pak Cik Naim dan juga Ustazah Zahara yang banyak membantu dalam menjayakan Kem ini. Penat lelah kalian hanya Allah yang mampu membalasnya...

Tidak lupa jugak kepada pihak sekolah yang memberikan kerjasama yang sebaiknya bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Jazakallahu khairun Jaza' jugak diucapkan kepada semua yang memberi sumbangan samaada dari segi kewangan mahupun barangan dan sebagainya, sesungguhnya ganjaran pahala amatlah tinggi dianugerahkan oleh Allah S.W.T untuk kalian. Sesungguhnya sedekah itu adalah amalan yang tidak akan putus walaupun terputusnya anak Adam dari kehidupan dunia.


Untuk makluman adik2 semua, persiapan untuk kem ini mengambil masa hampir 2 bulan. Penat lelah kami semua, hanya Allah S.W.T sahajalah yang mengetahui. 3 minggu yang terakhir sebelum tibanya hari program, hampir setiap hari kami berulang alik ke kuah untuk mendapatkan sumbangan dan menjalankan urusan berkaitan dengan program.

walaubagaimanapun, alhamdulillah, kewangan yang telah dikumpul mencukupi untuk menampung makan minum dan lain-lain peralatan dan perkakas untuk program ini. Walaupun kadang-kadang kami terpaksa mendapatkan perkakas masakan dan makanan dalam masa yang suntuk, Alhamdulillah, semuanya masih lagi terkawal..

Kadang-kadang begitulah, apa yang dirancang tidak semestinya tercapai seperti yang dirancang. namun apa yang penting, dalam melakukan sesuatu perancangan, kita mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi keadaan sekiranya perkara yang dirancang itu tidak tercapai, dengan kata lain kita mestilah ada perancangan alternatif sebagai persediaan untuk kegagalan plan induk.

Adik-adik yang disayangi, dengan tamatnya Kem Ke-Minda ii ini, apa yang abang-abang dan kakak-kakak harapkan dari adik-adik semua adalah mengadaptasikan ataupun mengamalkan apa yang telah dipelajari didalam kem ini didalam kehidupan seharian adik-adik. Amat rugi dan sia-sialah sekiranya kem ini sekadar tamat dan meninggalkan kenangan manis dalam diri adik-adik , namun tiada perubahan yang berlaku dalam diri adik-adik semua.

Ingatlah adik-adikku, "Tranformasi Diri Ke Arah Kecemerlangan" dan " Everything Start From Me" jika digabungkan kedua-dua kata-kata hikmah ini, maka adik-adik akan sedar bahawa untuk melakukan perubahan dalam diri adik-adik untuk mencapai kejayaan, tiada siapa yang dapat membantu adik-adik sekiranya adik-adik sendiri tiada kesungguhan dan kecekalan untuk merubah diri adik menjadi seorang pelajar yang rajin dan tekun untuk belajar.

Sekiranya adik-adik tekad untuk berubah menjadi seorang pelajar yang rajin dan tekun, maka akan dipermudahkan jalan untuk adik-adik kearah kejayaan.

Ingatlah, bahawasanya kejayaan itu hanya akan datang sekiranya didahului dengan usaha dan persiapan yang kuat dan rapi.

Dan ingatlah, kemalasan itu adalah pintu yang membawa adik-adik ke arah kegagalan. manakala kerajinan dan ketekunan merupakan pintu kearah kejayaan...

Akhir kata, penyesalan itu sentiasa datang kemudian dan tidak sekarang...justeru, sebelum datangnya penyesalan itu, menyesallah sekarang dan tekadlah untuk melakukan transformasi dalam diri adik-adik kearah kecemerlangan dan kejayaan....


sekian.....rahimkawi....

Sabtu, 7 Mei 2011

Borang Pendaftaran Keahlian Alumni MML

  1. Nama Penuh:
  2. Emel:
  3. Nombor Telefon:
  4. Alamat:
  5. Nama Universiti:
  6. Peringkat Pengajian:
  7. Tarikh Mula Pengajian di MML:
  8. Tarikh Tamat Pengajian di MML:
  9. PMR Tahun :
  10. SPM Tahun :
  11. Pekerjaan ( Jika sudah Bekerja )
  12. Pendapatan Sebulan :
  13. Status :
  • Tarikh Cadangan Untuk Re-Union :
  • Borang yg sudah lengkap diisi bolehlah emailkan ke : rahimkawi@gmail.com

Jumaat, 29 April 2011

Ke- Minda 2011

Amir Fahmi April 24 at 1:37pm Report
kepada semua bekas pelajar MMCL.

memohon sumbangan u menjayakan program

maklumat program adalah seperti berikut :

Program : Ke Minda II PMR dan SPM ’11
Tarikh : 26-29 Mei 2011
Tempat : Maktab Mahmud Langkawi, Langkawi Kedah
Jumlah Peserta : 150 orang

Bersama ini kami sertakan nombor akaun Bank Islam (02066011068872) atas nama Persatuan Bekas Pelajar Maktab Mahmud Langkawi.

P/z : jasa baik dikenang dan hanya Allah sahaja mampu membalasnya..atau sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya amirul : 0132578612 dan Bedun (Abd Rahim : 0132229318.
siapa2 y berminat untuk jadi Fasi dan urusseti boleh juga menghubungi saya selewatnya 5/5/2011

Rabu, 2 Februari 2011

Sekali Sekala Pi Jenguk Sekolah


Jarang- jarang sekali pi jenguk sekolah, tak banyak sangat perubahannya..sampai saja di sekolah, saya dan amirul terus menuju ke bilik ustaz Jid..aha..memang tak dak tempat len dah yang nak dituju..amirul terus la nak jumpak ayahanda kesayangan dia ni..Jumpak ja...hm..biasa la...borak sakan la mirul nagn ustaz Jid..

Tapi kedatangan kami ni sebenaqnya bukan nak pi melawat saja...hehe...sebenaqnya nak bincang pasai kertas keja program tuk adik-adik PMR & SPM tgh taun ni InsyaAllah...harap-harap jadi la kali ni...

hehe...ustaz Jid macam biasa lah, sepertimana yang kita sedia maklum, ustaz Jid ni memang seorang yang teliti, tambah lagi bila tengok working paper..ahaha...ha..habislah mirul..memang kena la berletiaq ckit dengan ustaz Jid working paper tak dak muka surat..aha...

Ala Kullihal, working paper ni akan dibentangkan kepada Pengetua Cikgu Sopiah nanti, Tadi pi, Cikgu Sopiah tak dak, dia ada meeting...tak dapat la jugak jumpak cikgu kesayangan saya tu...hehe...


Hm..gini la keadaan pejabat MML sekarang..lama dah kot depa pebesaq pejabat ni..baguihla jugak..selesa ckit staff-staff MML ni nak buat keja..Tp yang depan tu bukan staff no..hehe..tu la ustazah zaharah..atau kak ala..he...dah jadi ustazah ma'had ya sekarang..Hm...teringin jugak nak mengajaq kat Ma'had kalau diberi peluang..atleast dapat berbakti kepada Ma'had...
Ha..ni la Van yang banyak berjasa kepada kami..Credit tu Abg Naim/Pak cik Naim yang masih bertugas sebagai driver Van ini..time kami sakit, Pak Cik Naim la yang antaq kami pi klinik naik Van ni...Nak pi lawan sukan, dan pi mana-mana la urusan sekolah...hehe...memang banyak sangat jasanya..

Ahad, 23 Mei 2010

Merindui Guru-Guru yg telah lama meninggalkan kami

hm..Apa cerita cikgu2 yg da berpindah mengajaq di sekolah len aa..ada sesiapa yg ada maklumat pasai depa dak.. cikgu Harun, Ustaz Burhan, Ustaz Din, ustaz Ishak, ustaz affandi,ustzah Farishana, Ustaz Lukman, Cikgu Fisol, Ustazah Azzah Afnan, Cikgu balqis, Ustazah Asa Hm..sapa lg ya yang menghilang tanpa khabar berita..hehe...sapa yg ada maklumat tu,kongsi2 la ye..nak tawu jugak perkembngan cikgu kita..

Ahad, 2 Mei 2010

Perhatian kepada barisan pelapis...

ana sangat berharap barisan pelapis lepasan ma'had ni dapat mengabil inisiatif sendiri untuk menjalankan program2yang difikirkan perlu untuk ma'had langkawi ataupun mana2 sekolah...InsyaAllah kmi dapat bantu dari segi kewangan dan tenaga fasilitator...memandangkan kawan2 batch ana da ramai yang sudah kerja dan mempunyai komitmen tersendiri, kami xdapat nak menggerakkan persatuan kita lagi..harap sangat kepada pelapis bawah dapat jadi pengganti..

cumanya tuk re-union, ana akan cuba usahakan tuk menjayakannya..mungkin xdapat buat dalam masa yang terdekat ini.ada bnyk masalah.kalau adik2 nak buat kecil-kecilan,dipersilakan. cuma pesanan dari ana, kalau nak organize re-union. jgn hanya semata-mata tuk gathering..biarlah ada smtg beneficial yang dapat dihasilkan dari gathering itu untuk memantapkn lagi persatuan kita.

sekian, harap maklum....

Sabtu, 23 Januari 2010

Ma'Had Tercinta

setelah sekian lama aku meninggalkanmu...
kini, hatiku mula merinduimu..
kenangan ketika bersamamu..
tidak mungkin luput dari ingatanku..
masih lagi segar diingtanku...
blakangmu tersergam indah sawah padi yang menghijau,
itulah pandangan yang paling tenang ketika itu..
bersama tiupan angin yang bertiup sayu...
di buai nanyian burung yang begitu merdu..
aku terlena dibuai keasyikan di saat itu...
tanpa kusedari dihadapanku ayahanda al-fadhil ustaz yusof sedang mencurahkan ilmu...

seindah kenangan ketika itu..
tak mungkin aku lupakan haruman nasik lemak dari satu sudut yang tidak jauh dari kelasku,
ketika itu ustaz Badrol masih belum menamatkan syarahan ilmu..
aku tidak sabar menanti loceng didinding berbunyi...
tepat jam10.30, terus kaki ku melangkah kearah haruman yang mengganggu konsentrasiku..
nikmatnya tak dapat kugambarkan dengan kata-kata di saat itu..

seindah kenangan ketika itu...
masih segar lagi diingatanku..
setiap hari ahad,jam 7.30 pg, aku menaikkan bendera diiringi alunan lagu yang merdu,
ya ma'hadan..allamani..wa bilhuda..jammalani..alunan irama dan lagu...
menjadi sumber kekuatan semua warga ma'had ketika itu..
disusuli pula dengan ucapan ayahda yang bersinar dengan mutiara ilmu..
namun, dataran itu, bukan saja tempat menadah ilmu..
malah disitu juga tempat tumpahnya air mataku..
tidak mungkin aku lupakan majlis perpisahan bersama ustaz2 dan ustazah2 yang berhijrah menabur ilmu..
walaupun berat hati melepaskan guru-guruku ..
namun..setiap pertemuan yang datang, sudah pasti diakhiri dengan perpisahan yang pilu,
itulah kehidupan..sepertimana aku terpaksa jua meninggalkanmu...

Ma'had Mahmud Langkawi yang kurindui..kau tetap dihatiku.....